Tiada Idea Untuk Blog | Menulis

idea-blogs

Tiba-tiba kepala rasa sesak… kosong. Langsung tak ada idea atau bingung apa yang nak ditaip ke blog.

Pernah rasa macam tu? (untuk blogger dan penulis). Pasti semua yang mengiktiraf diri sendiri sebagai penulis akan alami masalah serupa.
Setiap daripada kita ada jalan penyelesaian dan pendekatan yang digunakan untuk atasi masalah kehilangan atau kekeringan idea menulis ni.
Bagi aku ada beberapa perkara yang selalu aku buat untuk dapatkan bahan atau mengurangkan kadar ‘writers block’.

1. JALAN – JALAN , BERSIAR, HIRUP UDARA SEGAR
Antara sebab kita ‘kosong’ adalah sebab asyik menghadap komputer atau tablet dalam bilik atau pejabat. Sesekali kena keluar, hirup udara segar, rasai pengalaman di luar, tengok semua yang ada disekeliling kita. Tak kiralah kau pergi jalan ke mana pun. Perhatikan bagaimana alam sekitar kita serta penghuni bumi ni ‘hidup’. Insya Allah, kau akan dapat kesegaran dan ilham datang mencurah-curah. 

2. MEMBACA DAN TERUSKAN MEMBACA
Membaca apa jua jenis bahan bacaan akan memberikan kita lebih banyak input. Jika mahu tumpukan pada niche blog, boleh… atau luaskan lagi pembacaan anda.

Baca majalah, surat khabar atau dengan melayari internet… boleh juga baca blog-blog orang lain. Yang baik kita perbaikkan, mana yang kurang bermanfaat kita hindarkan. Rujuk silang fakta dan maklumat diperolehi.

3. MENONTON FILEM, DRAMA, DOKUMENTARI, YOU TUBE
Kadangkala sebagai penulis kita ‘terperangkap’ dalam dunia penulisan kita. Ianya baik, tetapi otak juga perlu banyak santapannya. Selain daripada membaca, kita boleh menonton filem, drama atau dokumentari atau You Tube. Banyak pilihan genre yang boleh kita tonton. Menulis juga seperti ‘mengarah’ sebuah filem atau drama. Pendekatan cara penulisan kita juga adakalanya perlu seperti sebuah dokumentari… penceritaan.
Manakala melalui You Tube kita boleh belajar banyak perkara dan lihat macam-macam. Bukannya tengok video klip awek Korea… gulp !

idea-blog

4. REHAT , TIDUR , MAKAN
Bukan setakat otak… mata kita pun perlu rehat, badan pun perlu rehat. Bayangkan duduk berjam-jam di depan komputer. Letih beb!

Bagi peluang untuk diri sendiri tu kembali bertenaga. Kalau dah sakit, tambahlah idea tu tepu dan tak selesa.

5. TULIS DI BUKU ATAU KERTAS
Sediakan satu buku khusus untuk kau conteng atau tuliskan apa sahaja dalam tu. Walaupun teknologi bergajet ni trending katanya, tapi tak dapat juga menulis secara manual ni. Perasaannya lebih semangat bro!
Kau tuliskan idea-idea, ayat-ayat, peristiwa dan lukis apa yang kau mahu. Waktu kering kontang tu , boleh belek-belek buku tu. Manalah tahu ada yang boleh diguna pakai atau di jadikan sumber ilham.

Baiklah, aku kongsikan 5 dulu… Dalam artikel mendatang, jika ada… aku kongsikan lagi ^_^
idea-blog2
Aku? Aku terlebih atau terlajak bro… ‘banyak’ blog dan website kena selenggara dan isi. 
Ada yang aku isi secara tetap hari-hari, Alhamdulillah, dibantu oleh orang tersayang … (bini aku lah…)
Ada yang secara berkala… ada yang kembali mahu dipulihkan.
Ada juga page dan group Facebook yang perlu dijaga… Kenapa perlu ada? Lain kali aku cerita…
Ada juga saluran You Tube yang perlu di aktifkan semula… Kenapa perlu ada ? haaa.. lain kali aku cerita….

Projek-projek dari luar… kurang dah aku terima…
terlebih terima, projek-projek aku pula yang terbengkalai. ^_^
Mana-mana yang berbayar dan memang perlu, insya Allah aku bantu.

Terlebih taip dah ni. hahaha…
Anda ada tambahan untuk senarai di atas? bah.. dikasi kongsi…

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *