Teruskan CINTA Atau Putuskan CINTA Dengan Blogging ?

cinta-blog

Assalamualaikum dan salam penghujung Mac 2016…
Tujuh bulan tanpa CINTA ? Jadi haruskah aku putuskan cinta atau teruskan cinta dengan blogging? Perghh… Lama Geng.
Kali terakhir aku isi blog akuorang ni, 7 bulan yang lalu. September tahun 2015. Tak boleh jadi, kena buat deklarasi ni !

1. Aku ‘mungkin’ berada dalam dilema, dirundung duka dan nestapa serta hilang arah dek masalah yang timpa menimpa, satu demi satu. Sampaikan ‘ghaib’ sebegitu lama.
Itu ‘mungkin’ hujah aku untuk menerangkan pengabaian tahap super ini. Bukan blogpsot free geng. Ini domain dan hosting berbayar. Gulp ! Hancur….hancur… akuuuuu

2. Kembalinya aku dari ‘perantauan’ untuk kembali mengukuhkan diri di arena blog yang telah lama di pejam celikkan. Bukan setakat blog yang ini, tetapi juga yang seangkatan dengannya.

3. Putuskan cinta berblog? Mungkin tidak. Lebih-lebih lagi apabila aku sendiri tahu dan terima hasil daripada berblog dan mempunyai website.
Jika kena pada cara, teknik dan pengaturannya, Insya Allah, pulangannya agak lumayan, Sekarang masih dalam peringkat menstabilkan serta meningkatkan jumlah yang diterima

duit-blog

4. Aku minat menulis (dalam kes blog ni… menaiplah kan). Aku rasa blogger-blogger hebat di luar sana pasti  juga punya minat dan sebab yang tersendiri untuk terus berblog.

5. Dunia Blogging kini jauh berbeza dari zaman aku berblog lebih 10 tahun yang lalu. Lagi banyak pancaroba, dugaan dan kerja yang perlu dilakukan.
Kau lambat,  kau tinggal. Kau malas, kau tinggal. Kau tak mahu ‘upgrade’ dan belajar, kau tinggal. Ketinggalan bro…

6. Kebenaran tidak akan berdiam diri… bak kata PapaZola dalam Boboiboy. Kebenaran akan terus berusaha. Kebenaran tidak akan berhenti.
Alamak.. aku dah melalut. Entry ditaip di tengah malam. Mata mengantuklah abang… aishhh…

7. Esok hari baru, ada kursus. Kena pergi kursus. Sambil perah otak dengan kursus berkaitan kewangan tu, Aku ‘simbatkan’ juga masa untuk perah otak untuk blog dan website serta FB page yang diternak. Alhamdulillah, ada orang rumah yang sedang dilatih untuk sama-sama buat kerja keras ni… hehehe.

Akhiral kalam.
Aku masih ada impian yang belum tercapai sejak beberapa tahun yang lepas.
Hati kena kental, semangat kena cekal beb!

akuorang !


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *