Tekanan | Ujian Dan Dugaan Timpa Menimpa

Tekanan… Ujian dan dugaan timpa-menimpa. Siapa yang tidak pernah ditimpa susah dan kesulitan. Hari demi hari yang berlalu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini agak mencabar.

Ada sahaja yang menjadi serba tidak kena. Ada sahaja yang menjadi halangan, perancangan diatur tergendala dan terkubur. Faktor-faktor luar jangka, mendadak dan mendesak.

akuorang-tekanan-dugaanpng

Benarlah. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Butang Panik? sudah beberapa kali aku tekan. Bangun dari jatuh… setiap kali aku tetap bangkit. Biar pun merangkak aku tetap cuba ke hadapan. Tergelincir , terpelecok dan terseliuh… Kehidupan memang begitu.

Konflik dalam hidup itu bagus kerana ianya mematangkan. Pengalaman itu akan mengajar kita banyak perkara tentang hidup… tetapi untuk melaluinya kali demi kali, amat memeritkan… mengharunginya dengan cekal dan tabah adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Apabila rancangan terencat dan gagal, sediakan perancangan yang baharu. Rancang dan laksana, jika gagal, kembali semula rancang dan ambil tindakan. Aku sentiasa berdoa agar aku tidak tergolong dalam golongan yang berputus asa.

Syukur, masih mampu untuk terus berdiri.

Semoga tempoh ‘kelam’ ini mengajar aku.

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!