PENTING | 5 Pesanan Untuk Suami Dan Bakal Suami

Ya betul… Ini adalah pesanan PENTING untuk suami dan bakal suami.
Lumrah hidup berumahtangga itu ada turun naiknya. Bahtera kehidupan yang dilayari bersama hendaklah dikemudi dengan cermat, baik dan selamat… sehingga ke penghujungnya. Oleh itu jadikan tips atau senarai pendek ini sebagai panduan :-

Pesanan untuk Suami

1. JANGAN BUAT TIDAK TAHU 

Hati orang perempuan ni sensitif. Bila isteri merajuk atau berkecil hati janganlah buat tidak tahu… jangan pandang remeh.

Kalau perlu minta maaf, mintalah maaf. Kalau perlu dipujuk, pujuklah dia.

Kalau tak tahu apa punca dan sebabnya, tanya elok-elok.
Jangan anggap masalah hati dan perasaan pasangan kita ni sebelah mata.
Dari perkara kecil yang terkumpul tu lah yang boleh jadi perang dunia …. meletup !

2. PRIHATIN

Kalau isteri kurang sihat. Kalau boleh bawalah jumpa doktor… atau sekurangnya belikan dia ubat yang sepatutnya…

Biarkanlah isteri berehat waktu dia sakit, dan kita cuba bantu dia dengan kerja-kerja rumah.. Cuci Baju, Bersihkan Rumah, Masak, mandikan anak-anak dan yang sewaktu dengannya.

Paling menang, cium dahi dia… suruh dia berehat. Layan macam puteri / permaisuri … pasti rasa sayang tu menebal bro!

3. JANGAN KEDEKUT

Sekiranya isteri seorang suri rumah tangga sepenuh masa, berikanlah dia bajet untuk keperluan dirinya selain daripada bajet keperluan rumah.

Isteri juga pasti mahu untuk membeli barang keperluan dirinya sendiri untuk tampil menarik, sihat dan cergas… untuk suami dan anak-anaknya.

Itulah ‘pelaburan’ yang berbaloi… tanda penghargaan kita untuk isteri merangkap ibu kepada anak-anak kita..

4. TOLERANSI DAN BERTIMBANG RASA

Sekiranya ada sikap atau perbuatan isteri yang tak kena di hati, tegur secara baik dan berhemah, bukan tengking depan anak-anak atau orang ramai… yang utama jangan tangan dan kaki yang sampai dulu…

Hidup berkahwin juga bukan sekadar melakukan seks atau bahasa lembutnya hubungan kelamin…. bertimbang rasalah. Jangan paksa… mungkin isteri penat, kurang sihat atau emosinya terganggu… sabar.

Ingat tu, kena bertolak ansur… bersedia juga untuk menerima teguran.

Berbincang selalu dan terima pendapat atau pandangan isteri. Dengar betul-betul apa yang dia cuba sampaikan, jangan tinggi sangat ego tu…

5. JAGA MARUAH DIRI

Ini teramat penting, jaga maruah diri sebagai suami, bapa dan lelaki. Sering ingatkan diri untuk amanah dengan tanggungjawab berkeluarga… ingat isteri dan anak-anak sebelum ‘menggila’ untuk main kayu tiga dengan perempuan lain…

Jangan mengkhianati kepercayaan sekiranya anda juga tidak mahu dikhianati… boleh fahamkan…

Berusahalah untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.

Itulah dia 5 pesanan penting, kalau diikutkan banyak lagi senarainya tapi yang utama adalah 5 yang ini.
Sampaikan dengan suami… teman yang bakal menjadi suami… atau mana-mana lelaki…

Semua ni penting…tetapi ianya bukanlah setakat tanggungjawab suami sahaja tetapi keduanya, isteri dan suami.
Suami ni pun bukannya ‘perfect’… ada kekurangannya… dan kerana kekurangan itulah suami dan isteri saling melengkapi…
Itulah kunci kebahagiaan yang terindah… eh..macam tajuk lagu pula.

Nantikan entri selanjutnya dari kami ^_^
Jangan serius bah… senyum sket!


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *