Ninja Penyu Mutan Goda Megan Fox

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-character4

Apa? Ok… Tajuk di atas mungkin agak keterlaluan. Sepatutnya begini, Megan Fox Goda Ninja Penyu Mutan… atau inggerisnya, “Teenage Mutant Ninja Turtles Seduced by Megan Fox”. Eh..macam lebih kurangkan. Kenapa aku cakap macam tu? Megan Fox dalam cerita ni seolah lebih menjadi ‘pendamping’ atau penyedap cerita. Menjadi ‘penyeri’ dan menambahkan elemen seksi Ninja Turtles yang sememangnya sudah seksi beraksi tanpa baju, kali ini mereka pakai cawat… kurang seksi… hahaha

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-character3

Masih segar dalam ingatan melihat aksi Ninja Penyu di televisyen masa kecil dahulu. Kelincahan Raphael, Leonardo, Michelangelo dan Donatello serta sensei mereka Splinter. Dari situlah aku tahu apa itu pizza… ya lah, duduk pun area luar bandar, ke bandar pun jarang sekali… tapi bila dah dibandar ni, rasa mahu balik pula ke kampung. Aman, damai…harmoni. Boleh jadi ninja !

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-character2

Versi Teenage Mutant Ninja Turtles kali ini diberi nafas baru oleh pakcik saudara aku, Michael Bay. hmm… Dari segi mutu grafik… CGI, pergh…meletup! Hebat… Daebak bak kata Ji Hyo Runningman !

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-character

┬áDari segi jalan cerita? Biasa-biasa sahaja. Tak dapat lawan cerita ‘perang politik’ di Selangor… atau kehebatan Festival Sukan Bogel di Pulau Pinang dengan penampakan ‘belalai gajah’ yang bertempiaran berlari-lari di tepian pantai … Tapi… Megan Fox masih lagi seksi dan hot berbanding gambar Emma Maembong yang disabotaj dengan tompokan air mani di muka… Ades! Boleh senonoh sikit tak?

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-megan-fox-

Nampak tu? Raphael dah marah.. tegap gila Ninja Penyu dalam cerita versi tahun 2014 ni. Kalau dulu-dulu, bulat-bulat dan pendek sahaja. Donatello lengkap dengan gajet-gajet pelik dan canggihnya. Michelangelo, lucu dan penuh dengan gelagat humornya. Leonardo pula kacak, tapi pelik juga dengan baju ranting-ranting yang dia pakai di badannya tu. Eh..dah nama pun mutankan… dan yang lebih pelik, Megan Fox… lengkap pula bajunya kali ini… ops!

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-megan-fox

Sensei Splinter agak comel. Sepatutnya lebih banyak aksi berlawan dan menawan dalam cerita Ninja Turtle ni… Bukannya cerita Megan.

teenage-mutant-ninja-turtles-2014-megan-fox-2Jangan serius! bawa bertenang. Secara keseluruhannya, baik untuk ditonton… tapi untuk bawa anak-anak? Hmmm… boleh cuba.

Nota :

Kita semua pernah rasa mahu jadi Ninja… Aku mahu jadi ninja Al-Qassam!

 

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!