Kaki Makan Nasi | Macam-Macam Siri 1

KAKI-MAKAN-JENIS-NASI-MAKANAN-RESEPI

Amaran ! Ini cerita tentang makanan… silap cerna, anda mungkin akan LAPAR! hahaha…

Baiklah, entry kali ini sebenarnya aku salin dan tampal dari says.com, kenapa salin ? sebab ianya menarik dan aku bukan curi… aku letak link dorang. Setel!
dan aku taklah tampal 100 %….

Nasi sememangnya merupakan makanan ruji bagi kita rakyat Malaysia. Ada segelintir daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pergi mana-mana mesti kena ada nasi. Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap. Betul tak? Macam betul kan… tapi lainlah kalau korang spesies makan makanan segera 24/7 di McDonald atau KFC dan Pizza… pergh! Banyak duit! bak sikit…

Bah, mari kita sama-sama tengok 5 daripada 16 jenis nasi yang sudah terbiasa dengan seluruh rakyat Malaysia. Selamat menjamu mata! Ada yang macam belum pernah aku nampak di Sabah… (ehem..untuk tunjukkan yang aku bukan kaki makan, dan secara tidak langsung menunjukkan saiz dan berat amat menusuk kalbu…ehemmmm)

af97

1. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, serbuk kelapa, budu dan sayur-sayuran yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (bunga telang) yang digunakan dalam masakan. Nasi Kerabu sering dimakan dengan solok lada dan juga keropok goreng.

Nasi Kerabu amat popular di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga di selatan Thailand.

cce1

2. Nasi Dagang
Nasi Dagang adalah beras yang dikukus di dalam susu kelapa, kari ikan dan bahan-bahan tambahan seperti kelapa goreng dicukur, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran. Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.

Nasi dagang yang paling terkenal di Terengganu berasal dari Kampung Ladang, sebuah kawasan di dalam daerah Kuala Terengganu. Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu untuk dimakan sebagai sarapan sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.

9480

3. Nasi Minyak
Nasi Minyak memang sangat popular dan menjadi hidangan utama bagi majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. Rasa janggal jika sesebuah majlis perkahwinan tidak menyajikan nasi minyak kepada tetamu yang datang.

Hidangan sampingan kegemaran untuk dimakan bersama Nasi Minyak adalah ayam masak merah, daging lembu, kuah dhall, acar buah dan juga papadom. Kalau ingin mencuba hidangan ini, kenalah hadir ke mana-mana majlis perkahwinan orang Melayu

79OfLdt

4. Nasi Tumpang
Nasi Tumpang adalah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih dengan campuran lapisan hidangan lain yang berbeza yang kemudiannya dibungkus dalam bentuk kon daun pisang.

Secara tradisinya, ia adalah makanan ruji pelancong atau petani di Kelantan untuk dibawa bersama ketika bekerja. Nasi Tumpang padat dengan lapisan seperti telur, daging lembu atau ikan benang, sambal, timun, serunding dan lain-lain.

dc8e

5. Nasi Tomato
Nasi Tomato merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.

Rasa hidangan nasi tradisional ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras. Kadang-kadang, kismis dan gajus-kacang juga turut ditambah ke dalam campuran untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai. Nasi Tomato didatangkan dengan ayam masak merah atau ayam rendang, daging, patcheri nanas dan dalcha.

SIAPA TAHU RESEPI SEMUA NASI DI ATAS?

Kalau ada resepi tu, bolehlah kongsi-kongsi… hehehe

Untuk hari ini, aku letak lima jenis nasi dulu. baru lima pun, air liur dah meleleh, macam lapar pula rasanya. Aduh!


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *