Hidup Susah | Hikmah

HIDUP-SUSAH

Mahunya tak ‘gila’ ! Pendapatan bulanan kini seperti negatif dan terpaksa berhutang. Ramai golongan yang berkeluarga, kepala mereka mula ‘berasap’ memikirkan kos-kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga minyak yang selalunya naik daripada turun, pengenalan GST dan macam-macam isu lain menyebabkan harga barangan keperluan pun semakin naik… tetapi gaji masih di takuk lama.

Sekali-sekala makan berlaukkan mee maggie tak apa. Tetapi kalau sudah setiap hari berkuahkan maggie, sedih nak oiii ” luahan hati Pak Munir (bukan nama sebenar).
Sedih tengok anak bini bila mereka suap nasi kosong berkicap. Sebak..” tambahnya lagi.
Hidup sekarang ni bukan setakat makan minum dan pakai. Jalan pun kena pakai duit. Isi minyak. Tak ada duit minyak, jauh jalan kaki… kena hantar anak ke sekolah, duit belanja anak lagi. Bil – bil pun dah sampai keluar surat merah. Gaji baru terima esok lusa dah lesap. Ikat lagi perut untuk 4 minggu sebelum gaji… Kadang tu terpaksa buat kerja lain gaji hari. Ambil upah sana sini… kalau boleh kerja 24 jam…” Pak Munir membetulkan songkok di kepalanya.
Kita kais pagi belum tentu dapat makan minggu ni… uhuk uhuk uhuk” batuk Pak Munir semakin kuat. 

Perbualan itu terhenti di situ. Pak Munir bergegas pergi apabila terlihat majikannya memberikan ‘signal’ dengan menggeleng kepala.

Penangan hidup serba kekurangan itu kita perlu sendiri rasa dan alami barulah rasa insaf dan memahami itu wujud.

Bagaimana mahu mengharungi minggu-minggu sebelum masuk gaji? Kalau hidup bersendiri, rasanya tidak menjadi masalah yang besar. Catuan makanan, tahan lapar itu sendiri yang rasa.

Tetapi apabila sudah hidup berkeluarga dan mempunyai tanggungan. Hati yang mana dapat menahan rasa apabila orang-orang yang disayang kelaparan, serba kekurangan. Perit.

Aku berpaling memandang Pak Munir. Masih tekun dia mengangkat kotak-kotak dari lori untuk dipindahkan ke gudang. Gagah dia mengangkat semua beban itu dengan kudrat di usia emasnya.

Pak Munir terbatuk-batuk. Kelihatan dua anak muda yang tadinya bersama-sama Pak Munir menurunkan kotak-kotak itu kini sedang menghembuskan kepul asap rokok sambil ketawa berdekah-dekah.

Manusia~

Aku seluk kocek ada sen. Korek dompet ada Enam Puluh Ringgit… untuk 3 minggu. Sambung cuci piring.

Nota:
Mungkin perlu dicuba peluang niaga yang lain… kenapa tidak Jual Burger. Klise?


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *