Hidup Mati Sang Blogger | Bertahan Tidak Mudah

Assalamualaikum dan salam tahun baru sang blogger [amaran … entri ni panjang geng!]

Selepas 8 bulan, akhirnya ada entri terkini… Fuh… lama wooo. Sebab itulah tajuk kali ini aku letak Hidup Mati Sang Blogger | Bertahan Tidak Mudah.

Ramai dan sangat ramai blogger yang seangkatan dengan aku dari awal 2000 dulu yang sudah tidak lagi aktif memblog. Tukar bidang atau masing-masing punya misi dan kekangan tersendiri. Ya, bukan senang sebenarnya mahu menulis, menaip dan mencari idea-idea untuk mengisi blog. Lebih-lebih lagi untuk pemblog separuh masa… macam aku.

Ini kata orang, kenapa cabaran sebagai BLOGGER SEJATI tu semakin mencabar :-

sang blogger
CABARAN BLOGGER DI TAHUN 2017 DAN AKAN DATANG 

1. ZAMAN MEDIA SOSIAL DI HUJUNG JARI

– Facebook, Instagram, Twitter, You Tube, Bigo dan macam-macam spesies MS (Media Sosial) lagi menjadi pilihan manusia masa kini.
– Mudah… Ambil Gambar atau Video, buat ayat sikit lepas tu pembacanya boleh ¬†mencanak naik… kalau kena caranya.
– Parahnya… Gambar atau video tu kena sabotaj / fitnah dan kemudian di tularkan aka diviralkan atas sebab yang salah.
– Kebaikannya… Blogger boleh guna MS ni sebagai batu loncatan / medium sampingan untuk menarik pembaca ke blog atau web masing-masing.
2. LANUN-LANUN SALIN DAN TAMPAL
– Perkara ni memang berlaku sejak dari dulu lagi. Sedih… dan semakin berleluasa.
– Bukan setakat isi kandungan kena ciplak, URL domain pun dibuatnya seakan-akan laman asal. Mahunya pengkarya asal tak ‘panas’
– Lebih menyedihkan si lanun-lanun ni punya blog/web lagi tular dari yang asal. Hmmm…
– Pengkarya Asal boleh juga counter attack, dan guna itu sebagai kelebihan… jangan mengalah geng!

3. SELERA ZAMAN BERUBAH
– Bukan setakat fesyen ada trend… segalanya ada trend dan musim. Selera orang berubah-ubah.
– Silap sikit … pergh, untunglah jika tidak menjadi bahan / trol netizen. Sumpah seranah tu tahap langit ke tujuh kau kena tahan.
– Untuk menarik pembaca ke blog perlu ada niche dan gaya penyampaian yang bersesuaian…
Keyword yang sesuai, terapkan SEO yang mantap… itulah kunci sebenarnya…

Itulah sebahagian dari cabaran seorang pemblog untuk terus bertahan.
Tapi… dalam masa yang sama, setiap cabaran itu boleh jadi pembantu untuk menarik pembaca ke blog kita.
Dari blogger jadi vlogger, instagrammer atau jadi semuanya serentak…
tapi jadilah diri sendiri… jangan jadi yang jadi-jadian… hahaha

Dan cabaran ini pula rasanya paling utama dalam hidup dan mati sang blogger… Dan aku alami masalah ni bertahun juga..
apa dia?

KOMPUTER  

Kalau tak ada komputer memang garu kepala lah jawabnya.
Bila komputer rosak dan bermasalah di waktu zaman-zaman kegawatan dengan keperluan untuk mengutamakan keperluan harian berbanding membeli komputer baru… aummm… sayu dan sebak rasa di hati.

Pakai telefon / tablet pun boleh… tapi makan masa sikit.

Bukan setakat tak ada komputer… Bila komputer pulih sikit-sikit, perisiannya pula yang mereput.
Bukan satu dua perisian yang WAJIB ada di komputer untuk Sang Blogger…
Pengajarannya… silalah beli perisian yang asli (tapi mahal geng… gulp!)

Alhamdulillah… semakin bertambah pulih dan baik. Bertahan beb!
sebab yang tahu susah senang kita sebagai orang hanya Tuhan dan orang-orang terdekat yang ada dengan kita waktu susah dan senang.

Fuh… terima kasih kerana sudi membaca hingga ke ayat terakhir.
Semoga tahun ini kita semua akan mendapat kebaikan dan rahmat !
Teruskan usaha… ! yupppp

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!