Google Adsense Kini Cakap Bahasa Melayu

ADSENSE-BAHASA-MELAYU

TAHNIAH untuk semua blogger di bumi bertuah Malaysia ni ! Kalau dulu-dulu bukan main susah lagi untuk mendaftar dan ‘diiktiraf’ atau diluluskan akaun adsense dengan Awek Google ni.

Sekarang semuanya dipermudahkan. Aku suspek, Google kini sudah ada awek-awek dan jejaka kacak yang berasal dari Malaysia / boleh cakap Merayu… eh..Melayu…
Kalau lihat di blog aku yang ini pun, ada Adsense. Akaun adsense yang sudah lama aku daftarkan semenjak lebih sedekad yang lalu untuk website / blog-blog yang diternak dulu-dulu.

Kalau dulu kena ada isi website yang berbahasa Inggeris untuk melayakkan jadi seorang pekerja google adsense secara tidak bertauliah… hahaha
ada juga helahnya, tetapi risiko kena BAN dan blacklist tu tinggi… Lebih baik main dan guna cara lurus lagi halal.

PENDAPATAN ADSENSE ?

Teringat lagi waktu dapat email memaklumkan bayaran pertama dari dorang. Terharu dan sebak !  Sekarang ni, Alhamdulillah, boleh juga menampung kos-kos sara hidup yang kian meningkat ni. Lebih-lebih lagi zaman GST dan kenaikan harga barang ni.

Kena usaha lebih kuat lagi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Untuk blogger-blogger yang baru mahu berkecimpung tu atau yang sudah lama beraksi dalam blogging. Cubalah adsense ni.

Untuk facebooker, instagramer, twitter-holic, nah… jadikan minat tu sebagai sumber menjana duit. Bikin Duit. Daripada online buang kredit dan kuota internet.
Buat website / blog dan dapatkan hasil… boleh juga beli top-up!

BIKIN DUIT DI INTERNET ITU TIPU !

Tak dinafikan ada juga scam yang dikendalikan penipu-penipu tahap gaban ni.
Tetapi yang ini aku boleh jamin 100% betul dan aku sudah terima hasilnya… lama dah.

Cuma bergantung kepada usaha, teknik dan kesungguhan kita.

Insya Allah ada ruang dan kesempatan, aku akan lebihkan cerita tentang topik ini dalam pos-pos akan datang.

ADSENSE-BAHASA-MELAYU-

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!