Dropship | Bikin Duit Mudah

dropship-teknik-buat-duit-internet

Dropship. Teknik Buat Duit Tanpa Modal Banyak ! Gila!

Modal tetap kena ada. Modal Kos, Elektrik, Masa dan Tenaga. Kalau MALAS dan tak mahu buang tenaga. Ini bukan untuk anda. Tak perlu buat duit banyak-banyak. Buat apa ada duit… err.. Betul ni?

Perniagaan internet berkonsepkan dropship. Mudah, senang dan terbaik!

Anda tidak perlu menyimpan stok. Cuma perlukan gambar dan maklumat produk daripada pembekal / dropshipper.  Anda iklankan produk melalui blog/website, atau gunakan media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram. Pelanggan membuat bayaran kepada anda dan anda membuat tempahan dan bayaran kepada pembekal kemudian pembekal akan menghantar produk anda kepada pelanggan anda.

Senang bukan? Anda hanya menerima duit. Untung.

Tugas-tugas membungkus, menghantar pakej semuanya dilakukan oleh pembekal.

BONUS ! 4 TIPS Bagaimana Melakukan Jualan Dari Konsep Dropship

1. KAJI PASARAN

– Sebelum mula menjual anda perlu mengkaji, produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran mengikut peredaran semasa. Usaha lebih sedikit untuk buat kajian produk yang mempunyai prospek jualan yang tinggi di masa akan datang. Selangkah di hadapan para pesaing pasti menguntungkan anda. Jadi pendahulu, bukan pengikut.

2. PILIH PEMBEKAL / DROPSHIPPER

– Jangan tangkap muat ! Berhati-hati ketika memilih pembekal. Usah khuatir, anda mungkin pernah diberitahu sebelum ini, dropshipper semuanya dari China… Tidak ! Terdapat juga dropshipper tempatan yang aktif di internet.

– Lebih elok, jika anda mengenali dropshipper tersebut. Mungkin ada rakan dan kenalan anda yang mengusahakan serta menghasilkan produk tertentu. Bincang dan buat perjanjian menang-menang.

3. PERATUS KEUNTUNGAN

-Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. PERHEBATKAN PROMOSI

– Pengguna internet di Malaysia dijangka mencecah 25 juta orang menjelang 2015. Kenapa tidak, jadikan mereka ini sasaran bagi jualan produk anda. Gunakan website seperti, ebay, mudah, lelong atau blog/website anda sendiri. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga merupakan satu medium promosi jualan yang baik.

Kreatif dan berani bertindak.

Ini tips lanjutan untuk anda yang benar-benar mahu buat duit dengan dropship.

Download ebook ini -> LUBUK RAHSIA DROPSHIP

Dan sekiranya anda mahu memperhebatkan hasil jualan, PUKAU Pelanggan anda! bagaimana caranya?

Download pula ebook ini -> PUKAU PELANGGAN DI FB

Keputusan di tangan anda! Buat duit atau … terus berada di kedudukan sekarang.

Usaha biar keras !


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *