Charyl Chappuis Bakal Sertai Sang Badak ? Betul Bah?

Charyl Chappuis-SabahFA

Ini antara berita atau cerita yang bertiup kencang di arena bola sepak tempatan hari ini. Khabarnya Charyl Chappuis si pemain kacak dari Thailand yang popular sewaktu AFF edisi baru-baru ini akan menyertai Sabah, Sang Badak ! Wowwww!

Kalau betul… adakah Charyl Si kacak akan mengisi slot pemain Asia untuk Sabah dan bakal bergandingan bersama Diouf dan Rozaimi untuk terus MERADU dan MENGAMUK sehingga Sabah berjaya ke Liga Super 2016 ?! Semuanya akan benar-bernar terjawab jika nama Charyl ada dalam senarai pemain Sabah FA pada sesi pindah-memindah pemain / tukar-tukar pemain  / pendaftaran pada bulan April ini.

Agak ‘ribut’ juga di media sosial apabila berita ini mula dihebahkan seawal pagi tadi.

Ramai yang berharap… terutamanya penyokong tegar Sabah.

dan Sumandak-sumandak Sabah ramai juga yang dikhabarkan mengharapkan ianya menjadi kenyataan ^_^

Kalau betul…Bah… penuhlah stadium Likas ni nanti !

Charyl Chappuis-SabahFA2

Tapi… sebelum mula bergembira. Ada khabar yang kurang menyenangkan dan mungkin boleh menyangkal khabar angin Charyl ke Sabah…

Charyl telah menjalani operasi pembedahan pada awal Mac yang lalu. Kalau tak silap.. Pembedahan lutut. (sumber)

Dan ada juga kenyataan dari Charyl sendiri yang tidak sabar untuk kembali beraksi dengan Suphanburi FC.

oh emm Gee… Tapi..itu cerita sekitar 5 mac yang lalu… Mana tahu jika ada sebarang perubahan dan perkembangan terkini ^_^

Walau apa pun… SABAH TATAP !!! Amuk Sang Badak !

Charyl Chappuis-SabahFA3

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!