Category: Cerita Aku

  • Jun 2013 | Pertengahan Tahun

    Sungguh? Ya benar, kita sudah berada di pertengahan tahun 2013. Hari yang ke 166, kini di bulan 6. Bila kali terakhir aku mengisi blog ini dengan abjad? 26hb Januari… 140 hari yang lalu. Jika dihitung secara mudah, ada lebih kurang 2o minggu yang lalu. Sepanjang tempoh itu, memang banyak perkara yang berlaku. Yang merunsingkan dan…

  • HARI KE DUA PULUH ENAM | JANUARI 2013

    Salam Tahun Baharu saudari blog, Maaf… lebih dari 30 bulan aku telah meninggalkanmu. Kali terakhir aku mencatat abjad di ruangan ini pada bulan Jun 2010. Sungguh lama. Sungguh banyak perkara telah berlaku. Kehidupan terasa begitu pantas. Tempoh dua tahun enam bulan, aku telah bertukar status… bujang, berkahwin dan menjadi seorang ayah. Alangkah indahnya hidup ini.…

  • Lapan Belas Hari Berlalu

        Selamat pagi saudari blog. Apa khabar kamu hari ini? Lapan belas hari yang lalu kita bertemu. Aku sentiasa berharap setiap kali kita bersua ia bukan untuk yang terakhir kali. Ya, aku mengerti. Masa itu telah tetap dua puluh empat jam, dan aku, kau mahupun mereka tidak dapat menambah atau mengurangkannya. Itu ketetapan. Enam…

  • 5 Hari Kemudian

    5 hari telah berlalu semenjak pengisian yang lalu. Ya… tentu kamu juga melihat. BUDAKHUTAN? benar, itu juga aku. Kenapa ada blog lagi ? Ah… adakah aku punya alasan yang kukuh? Beralih angin barangkali…. Tidak. Cuma mahu sedikit kelainan. Budakhutan, itu lebih kepada aku dan dunia. Perkongsian dan hidup bermadu, pengisian pelbagai warna dan kekurangan aku…

  • Sepuluh Hari Telah Berlalu

    Sepuluh hari telah berlalu, dan aku masih terkapai-kapai. Betul, ia masih baru dan aku tak punya pengalaman dengan WP, tetapi aku tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan. Mungkin aku boleh letakkan kesalahan di atas talian internet yang menjadi perlahan kerana telah mencapai kuota penggunaan 10gb sebulan. ALASAN ! 3 tahun telah berlalu, dan masih di…

  • Cerita Kedua Di Hari Yang Sama

    Menanti langit malam kerana mahu menatap hamparan indah butir-butir bintang di angkasa. Kalau dapat aku terbang, mahu aku nikmati terangnya purnama dan kerlipan bintang dari atas sana… terbang bebas digomoli bayu malam. Indah itu pasti. Hakikatnya, aku seperti kamu, tidak punya sayap untuk terbang, apatah lagi mantel istimewa yang mampu membuatku melayang. Hanya manusia biasa…

  • Aku Orang Biasa Seperti Kamu

    Assalamualaikum dan selamat malam… Apa khabar warga dunia yang berada di alam realiti, maya, siber dan fantasi? Sihat… begitulah hendaknya. Aku? Beransur bertenaga, kembali memerah otak untuk mencapai klimaks dan konklusi. Entah kenapa… naluri kuat memaksa untuk mencuba pelantar baru ber-blog. WordPress, aku akui aku tidak mahir dengannya. Tambah menambahkan kesukaran, aku tidak menggunakan hosting…