Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet | Siri 1

Bagaimana kalau aku bagi tahu ada Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet. Pendapatan sampingan untuk mereka yang rajin berusaha.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin tinggi membuatkan ramai orang buat macam-macam kerja. Ada yang sanggup buat 2 ke 3 kerja dalam sehari. Siang kerja lain, malam lain, sehingga mengurangkan masa berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga. Perah kudrat membanting tulang.

TETAPI jika anda selalu meluangkan masa berinternet, mahir dalam penggunaan komputer ditambah lagi tahu berbahasa inggeris. Anda sudah mempunyai peluang untuk buat di internet.

Bagaimana ? ini caranya, aku kongsikan 2 cara dalam siri pertama ini :-

BIKIN-DUIT-DI-INTERNET

1. MENJUAL SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
Ini sudah menjadi trend terkini, menjual macam-macam barang secara online. Malangnya, kebanyakan dari penjual ini menumpukan jualan hanya di facebook.
Ada pelbagai medium lain yang anda boleh sertai untuk menjual :-
[+] Lelong.my – http://www.lelong.com.my/
[+] Mudah.my – http://www.mudah.my/
[+] Duriana – http://www.duriana.com/
[+] Carousel – https://carousell.com/
[+] E-bay – http://www.ebay.com.my/
atau anda juga boleh menjual melalui INSTAGRAM
ini panduan untuk menjual di Instagram(sila klik)

2. Freelancer (Pengkarya Bebas)
Jika anda mempunyai kemahiran IT dan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik ini untuk anda.
Gunakan kemahiran anda untuk menjana wang! Jangan sia-siakan bakat yang ada

[+] Fiverr – https://www.fiverr.com/ ( panduan FIVERR )
[+] Freelancer – https://www.freelancer.com
[+] PartTimePost – http://parttimepost.com/
[+] AsiaPartTime.com – http://asiaparttime.com/
[+] Jobless – http://jobless.com.my/
[+] You.my – 
http://www.you.my/

dan ada juga boleh mendaftar dengan JobDiRumah

Bagaimana? anda sudah klik intai-intai dan buat rujukan melalui link di atas?

Semuanya bergantung atas usaha dari diri kita sendiri. 

Apa yang lebih menarik, upah dalam sesetengah dari website di atas adalah dalam USD. Berapa kadar tukaran USD dan MYR (Ringgit Malaysia)? Lumayan kan.

Cuba dan lihat hasilnya. Kalau ada yang berjaya atau sudah pernah menggunakan perkhidmatan di atas, kongsikan di sini ^_^

Di bawah adalah siri lanjutan untuk Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet (akan dikemaskini sekiranya ada siri baru)

[+] Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet | Siri 1
[+] Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet | Siri 2
[+] Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Dari Internet | Siri 3


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *