Bisnes Kuih Raya | Kena Cara, Makcik Kaya !

PANDUAN TEKNIK BISNES KUIH RAYA
Bisnes Kuih Raya | Kena Cara, Makcik Kaya ! Wah… macam promosi iklan. Tapi inilah hakikatnya. Betul kan?

Ada kawan aku yang telah lama berkecimpung dalam menerima tempahan kuih muih raya ni. Bila ditanya pendapatan yang dia boleh dapat, katanya Alhamdulillah… Boleh menampung perbelanjaan anak-beranak, pernah satu ketika, hasil dari jualan kuih raya yang ditempah mencecah 5 angka. Dia memang seorang usahawan yang gigih, bukan setakat menerima tempahan kuih raya, dia juga berniaga di bazaar Ramadhan. Wowwwww !

CARA BISNES KUIH RAYA

Dalam kita menghitung hari sebelum Ramadhan, lebih kurang 2 minggu dari artikel ini ditulis, sudah ramai sebenarnya yang telah menghantar kain untuk dijahit, ada juga yang sudah mula berkira-kira untuk berbisnes kuih raya. Hebat !

Kalau kena cara dan kaedahnya, aku, kau dan kita yang mahu berniaga di bulan Ramadhan ni boleh mendapat rezeki berlipatganda. Kuncinya USAHA dan IKHLAS. Jangan pula cari untung tapi kualiti tak dijaga.

Resepi untuk kuih raya tu biarlah betul dan sesuai. Jangan guna jalan singkat, guna bahan-bahan yang meragukan. 

Orang rumah aku tahun ni Insya Allah akan bermula dengan Cornflake Madu Kacang Bilis, dan mengembangkan ‘luaskan kuasa’ Kuih Tat Nenasnya.

Masa semakin hampir, mulakan USAHA anda
Jika tercari-cari PANDUAN BERNIAGA KUIH RAYA,  
dapatkan ilmu dan praktikkan. Semoga rezeki kita semua berlimpah ruah ^_^

 

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!