Bisik Bisik | Percaya Atau Tidak

bisik-bisik

Percaya atau tidak ada sahaja isu yang sering bermain di media sosial dan media massa yang kadangkala sangat ‘panas’ dan dihangatkan. Untuk melariskan akhbar atau untuk menaikkan page like atau menaikkan kadar page view ke web / blog atau page dan group di Facebook.

Macam-macam ! Malaysia oh Malaysia…

Tetapi tidak boleh tidak kadangkala ‘isi’ sedemikian menjadi pelengkap dan penarik. Pemanis kata orang.

Ada pula individu-individu yang membikin onar, mencipta isu dan kontroversi untuk mendapat perhatian. Berani !

CARI PEMBACA WEB DAN BLOG

Memang bukan senang sebenarnya ntuk mendapatkan perhatian. Untuk menghasilkan sebuah laman sesawang atau blog yang dikenali atau sekurang-kurangnya dikatahui oleh umum memang sukar, apatah lagi menjana ‘duit’ dari web dan blog.

Tidak ada cara MUDAH ! Siapa kata ada, itu mungkin kerana cara yang digunakan hanya lebih kepada keuntungan jangka pendek.

Untung sekali dan hilang. atau untung dari teknik yang salah. RUGI !

BERTAHUN-TAHUN ADA BLOG DAN KINI KEMBALI AKTIF

Ya… aku baru berkecimpung dalam dunia blog, adalah lebih kurang sekitar sedekad yang lalu. Bukan blog yang ini.

Motivasi dan halatuju semakin memuncak. Ada visi dan misi yang ingin dicapai.

dan blog ini aku jadikan medan ujian dan cuab mencari ramuan dan resepi baharu untuk berjaya.

Bukan untuk menjadi terkenal, tetapi sekurangnya menjadikan blog sebagai satu sumber rezeki yang hebat.

Blog sering dikunjungi dan berpotensi untuk menjana wang.

WANG BUKAN SEGALA-GALANYA , TAPI KITA PERLU WANG

Ya… siapa yang tidak mahukan wang… duit… tanpa wang… fikiran asyik menerawang mencari cara mencari rezeki…bukan senang

Apa yang ada difikiran tidak lain dan tidak bukan hanyalah kemahuan dan keinginan untuk memberikan segala yang terbaik untuk keluarga tersayang.

ok..nampaknya aku membebel.

Ayuh ! sahut cabaran…

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *