Belajar | Tingkatkan Kemahiran Tambahkan Peluang Dapat Wang !

Belum terlambat untuk belajar. Kenapa perlu belajar? Dengan belajar kita dapat tingkatkan kemahiran dan pengetahuan dan akibatnya kita tambahkan peluang dapat wang untuk diri kita sendiri dan keluarga.

Kenapa Aku buka topik cerita tentang belajar? Ada senario dengan penjelasan panjang lebar aku di bawah, harap-harap sudi-sudilah membaca.

SAMBUNG-BELAJAR-TAMBAH-KEMAHIRAN

1. SEDANG BELAJAR
Untungnya adik-adik zaman sekarang, ledakan teknologi maklumat (IT) sangat memberikan manfaat dan kemudahan. Seingat aku dulu, kali pertama aku guna komputer waktu darjah 2 di SK Setapak. Disket hitam bersaiz lebih kurang 5 inci jadi idaman, sebab ada game. ^_^ . Jika dibuat perbandingan, amatlah jauh bezanya.
Dan sepatutnya kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya. Bagaimana?
BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR ! Tingkatkan kemahiran adik-adik.. jangan menyesal di kemudian hari. Ada yang sudah menjadi lepasan Universiti, tetapi apa yang dia mahir hanyalah menaip.
Kalau boleh bukan setakat tahu menaip di media sosial sahaja. Pelajari aplikasi-aplikasi komputer.

Sambil belajar, adik-adik juga boleh buat duit ! macam mana? boleh baca dan ikuti siri ini
CARA UNTUK BIKIN DAN DAPAT DUIT DARI INTERNET
akan ada banyak tips menyusul dalam siri tersebut, jika sudi dan mahu berjaya, baca dan hadam.
Sambil belajar sambil buat duit online.

PELUANG KERJAYA

2. MENGANGGUR – BELUM ADA PEKERJAAN
Cabaran selepas alam persekolahan / kolej / universiti pastinya adalah proses mencari kerja. Banyak kali mencuba, tetapi masih gagal.
Cuba senaraikan apa puncanya… adakah salah satunya adalah seperti di bawah ?
a- Keputusan PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH kurang memberangsangkan.
b- Penyediaan Resume tidak mantap (Panduan Resume)
c- Kandas di peringkat temuduga (Panduan Temuduga)

Jika salah satu dari penyebabnya ada di atas. Jawapannya masih juga, BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR !
Tambahkan kemahiran, tingkatkan peluang. Jika perlu, duduki semula peperiksaan atau ikuti sahaja kursus kemahiran.
Mungkin juga dalam senarai anda ada termasuk
a- Aku TIDAK CANTIK, TIDAK KACAK, GEMUK dan banyak lagi perkara negatif lain… 

jawapannya tetap sama… BELAJAR… belajar menerima kekurangan diri dan fokuskan pada kelebihan diri.
mahu kurangkan berat badan juga perlu belajar. Cuba lihat ini Formula Kurangkan Berat Badan

Sambil menunggu peluang kerja, bagaimana jika anda cipta peluang kerja untuk diri sendiri.
Sila baca dan ikuti siri seperti yang dinyatakan dalam isi no.1 di atas.

PROMOSI-BUAT-DUIT-ONLINE
Salah satu cara untuk dapat duit dengan media sosial – 8Share

3. SUDAH BEKERJA
Apabila sudah bekerja, lain pula cabarannya. Jumlah pendapatan kadangkala defisit, hutang keliling pinggang. Lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungan yang ramai. Sesak.
Gaji pula macam tidak cukup, kenaikan gaji lambat. Peluang naik pangkat berfaktorkan masa. Sedihkan…

Penyelesaiannya?
a- Sambung belajar ke peringkat tertinggi, jika berkemampuan
– Peluang naik pangkat atau menjawat jawatan baharu dengan kelulusan yang lebih baik menjamin angka gaji yang memuaskan.

b- Belajar kemahiran
– Gunakan internet sepenuhnya, buat kajian sendiri dan belajar kemahiran baru yang anda boleh aplikasikan sama ada di tempat kerja atau untuk diri sendiri. Tujuannya? Ianya memberikan nilai tambah pada diri anda, pihak majikan pastinya mahu pekerja mereka menunjukkan daya intelektual dan kemahiran yang tinggi.
– Anda juga boleh menggunakan kemahiran itu untuk menjadi asas berniaga sendiri, atau buat kerja sampingan online. Apa yang boleh anda buat dengan kemahiran yang dipelajari ? ikuti dan baca
CARA UNTUK BIKIN DAN DAPAT DUIT DARI INTERNET .

Dapat idea?
Atau aku akan bakal menerima pertanyaan macam ni…
APA KEMAHIRAN YANG PERLU AKU BELAJAR?

ok, sepatutnya itu untuk kita fikirkan bersama, tetapi dengan sukacitanya aku akan buat artikel tentang itu pula selepas ini.
(sementara itu, warna tulisan di atas masih hitam, kalau dah biru maksudnya sudah ada link ke artikel tersebut) ^_^

Aku pun masih belajar dan akan sambung belajar….


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *