Bayaran Adsense Untuk Bulan Mac 2016 – USD 438.05

bayaran adsense - sabah

Salam blogging untuk semua. Bloger dah terima bayaran Adsense ?
Alhamdulillah, berita gembira untuk pemilik akaun adsense adalah apabila menerima email daripada Google yang menyatakan, bayaran telah pun dibuat. 
Sebelum aku mula tulis entri kali ini, aku rujuk-rujuk dengan awek adsense ni.
Menurut perkara dalam TOS nya, perkara no.9,  “anda boleh mendedahkan dengan tepat jumlah bayaran kasar Google yang terhasil daripada penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini.”

Bukan apa, pernah terbaca sebelum ni. Tak boleh katanya.

ADSENSE SUMBER PENDAPATAN ONLINE No.1

Ya. Adsense adalah sumber pendapatan online no.1 dalam kategorinya. Tak bolehlah samakan dengan pendapatan online melalui affiliate, promosi, penjualan produk dalam talian… kan.

Kenapa ADSENSE?
Mengikut pengalaman aku yang bertahun-tahun jagung berkecimpung dalam dunia blogging dan adsense ni. Hasil bayaran yang diterima amatlah menggalakkan. 
Lebih-lebih lagi bayaran yang diterima dalam nilai USD. Kadar tukaran matawang semasa, mempengaruhi jumlah pendapatan adsense.
Untuk kita di Malaysia, banyak pilihan cara bayaran. 
Dulu-dulu, aku terima bayaran adsense guna cek. Gembira beb dapat surat dari ‘saudara’ nun jauh di sana. Namanya Google.
Selepas tu beralih keluarkan dan terima bayaran melalui Western Union.
Dan terkini, tak perlu susah-susah, bayaran adsense terus di ‘wire transfer’kan ke akaun bank tempatan.

TAK ADA BLOG PUN BOLEH DAPAT DUIT BAYARAN ADSENSE

Lebih 10 tahun yang lalu, punyalah susah nak dapatkan akaun adsense ni. Ada teknik dan langkahnya. Syarat pun agak ketat. 
Pembaharuan demi pembaharuan dibuat oleh geng-geng di Google, dan yang terkini dalam bulan April tahun 2015 yang lalu, Adsense dengan rasminya menerima blog dan web yang menggunakan bahasa Melayu. Terbaik kan!

Tak perlu ada blog pun boleh buat duit dengan adsense. Bagaimana? Melalui You Tube !
Ya. Dengan You Tube pun boleh bikin duit bro !

Aku akan ceritakan tentang orang buat duit adsense melalui You Tube dalam entri yang lain. Bolehkan ?
Kalau aku sumbat semua dalam ni, panjang sangat tu. Hahaha…

bayaran adsense - bukti

RAMAI GURU ADSENSE DI SABAH MAHUPUN DI SELURUH MALAYSIA

Ramai sebenarnya taiko-taiko adsense di Sabah dan amnya di Malaysia ni. Pendapatan tahap super pun ada.

Aku yang baru bertatih dan merangkak ni menggalakkanlah pemblog dan pemwebsite (eh..ada tak istilah tu?) untuk menceburkan diri dengan menjana pendapatan online melalui Adsense ni.
Jadikan salah satu sumber pendapatan alternatif dan sampingan untuk membiaya kehidupan diri dan keluarga.

Bolehlah hasil yang ada disimpan atau melangsaikan hutang piutang. Bayar Hosting dan Domain. Syukur.
Bayaran adsense untuk bulan MAC 2016 ( dibayar pada bulan April 2016 ) berjumlah USD 438.05
Daripada You Tube adalah dalam USD 71 dan selainnya bersumber daripada blog dan web yang diternak.

Nota:
Kalau awek google email dan larang aku kongsi bukti bayaran pendapatan adsense ni, maka kenalah aku delete dan berhenti update.
Nanti dia marah dan merajuk. Aku nangis. Abang tak kuat tau… jangan yeak. hahaha


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *