Bangkit | Jangan Jadi Katak Di Bawah Gelas Kaca

katak-bawah-gelas-kaca
Yang biasa kita dengar, jangan jadi katak bawah tempurung. Bila masa dan zaman berubah, kini peribahasa itu sudah boleh dikemaskini, di’upgrade’ ke
JANGAN JADI KATAK DI BAWAH GELAS KACA !

Apalah pula maksudnya? 

Jika peribahasa yang lama membawa maksud seseorang yang sempit dan pendek akalnya. Yang berasa cukup dengan apa yang dia ada di bawah tempurung…di ruang lingkung hidupnya yang terhad, di bawah tempurung.

Manakala katak di bawah gelas kaca pula boleh membawa maksud seseorang yang sudah dapat melihat perubahan dan perkembangan dunia luarnya dengan jelas… tetapi masih enggan untuk berganjak atau tidak mahu melakukan anjakan paradigma… enggan mengubah cara berfikir dan gagal bertindak balas dengan semua pembaharuan yang telah dilihat atau diketahui. Ringkasnya, tahu tapi malas!

SEDAR & BANGKIT 

Baru-baru ini aku menghadiri kursus Pemantapan Personaliti Dan Potensi Diri. Penceramahnya tuan Muzafar Mohamad. Sesi perkongsian pengalaman, ilmu dan motivasi yang hebat.

Sesi sebegini sebenarnya akan memberikan kita ‘wake up call’ atau menyedarkan kita dari ‘lena’ atau tidur-tidur ayam. Baik untuk memacu semula momentum motivasi yang sedikit kendur dan hilang arah.
Semangat yang hilang atau hanyut akan dapat dipulihkan semula. Suntikan ‘aura’ baru untuk menghadapi cabaran mendatang.

Mungkin.. berdasarkan pemerhatian dan kaedah beliau, aku teka beliau cuba menerapkan kaedah NLP (Neuro-Lingusitic Programming) terhadap kami para peserta. Mungkin…

KITA PERLU KETAGIH DENGAN KEJAYAAN

Bangkit dan janganlah jadi macam katak bawah gelas kaca. Kita perlu tingkatkan tahap ketagihan untuk berjaya.
Bukannya ketagih untuk melakukan perkara negatif yang akhirnya merosakkan hidup kita sendiri atau orang yang kita sayang.
Sampai bila mahu GAGAL?

TETAPKAN MATLAMAT DAN FOKUS

Tanya diri anda. Apakah matlamat anda dalam hidup ini? Cuba senaraikan…
Kita perlu ada matlamat, agar kita ada sesuatu untuk dicapai. 
Bila sudah ada matlamat, jangan jadikan ianya sekadar senarai. Fokus untuk menjayakannya !

Bayangkan anda mencapai kejayaan dan matlamat anda! 

Kita semua boleh berjaya. Aku juga mahu berjaya. Ayuh kita berjayakan diri!

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!