Aku Orang | Kita Semua Orang

akuorang-dot-com

Assalamualaikum dan salam penghujung Januari 2015.
Sebagai seorang orang aku juga ada khilafnya. Mana mungkin aku punya kuasa hikmat Kage Bunshin No Jutsu seperti Naruto. Bila mana keinginan untuk berada di pelbagai tempat pada satu-satu masa  untuk melakukan macam-macam perkara. Rumit…tetapi tidak mustahil… hahaha.

Entry terakhir pada bulan September tahun lalu… wowww! hilang lagi… Tidak konsisten?

Mencari rezeki itu tidak mudah. Kadangkala kita tidak boleh angkat dan kendong semuanya. Nanti jatuh berciciran.

USAHA PERLU DITERUSKAN

Tidak dapat disangkal WANG menjadi masalah utama aku sekarang. Kekurangan wang, hampir boleh aku katakan pada tahap defisit. HUTANG ! … Tetapi syukur ada juga rezeki dan rahmat kurniaan Ilahi untuk menampung hidup sehari-hari. Kais berhari-hari untuk makan beberapa hari.

Ramai lagi orang yang susah seperti aku, dan ada juga di antara kita yang lebih susah, sengsara dan merana. Syukur, kita masih mampu bertahan dan bernyawa untuk mencari rezeki.

BANGKIT

Moga tiada aral gendala.

Misi harus diteruskan.

Aku pejamkan mata… Dibisik silir-semilir irama alam. Berbaring di lantai rimba, bersilingkan ranting dan daun. Air sungai yang mengalir mengalunkan rasa tenang. Unggas dan margasatwa berdendang lagu belantara. Damai ini mengasyikkan. Konspirasi alam mengenyangkan.

Bangun.

“Padamnya hasrat yang bernyala bila diri tenggelam punca”

Aku hanyut dek arus rasa, terumbang-ambing atas ombak dan arus. Selirat fikir bersimpul, kebas tapi tidak tenggelam… walau kadangkala sengaja aku menyelam dalam. Melihat apa yang hidup di bawah. Indah. Kita hidup satu bumi. Umpama sebutir pasir di lautan semesta.

Sampai masa… sudah sampai masanya. Cukup.

Galau bergolak jiwaku meracau. Kacau. Jejaki jalan mendaki .. ku mahu lihat hijau dan biru. Hidup yang hidup, bukan mati yang hidup… bukan juga hidup yang mati. Jangan salah erti.

Gawal tak terkawal, menerawang di antara dimensi… mengerekot.. herot. Mengerti paradoks bukan ortodoks… Gagah bukan pada gah…

Gugah dari jaga kepada jaga-jaga… pencak diatur,  Lam Alif di ukir di udara dan di tanah, kuda-kuda diperkemas,lirik kiri ke depan, lirik kanan ke belakang… pejam mata, tiga enam kosong…

Bismillah…

kutip dari blog aku : www.budakhutan.com
1. Damai | Konspirasi Alam
2. Jangan Lupa Aku

 

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!