AKSI BEST | Power Rangers

power-rangers-bootleg-awesome

Terkejut bila tengok Aksi Best dalam video Power Rangers ‘bootleg’ yang dihasilkan oleh peminat. Versi sisi gelap dan realiti. Kejam dan sadis.

Tapi lebih terkejut bila isu ini pula dijadikan sesuatu yang sensasi dan disensitifkan. Alamak !
Kononnya FILEM TERKINI Power Rangers tak sesuai untuk kanak-kanak. Mungkin si penulis kurang periksa hakikat sebenar mengenai video ini yang dihasilkan oleh peminat dan bukannya trailer asal untuk sebuah filem.

Tetapi kalau betullah mahu buat versi yang lebih terkini dan ‘ganas’ dan penuh aksi maka…dikasi jadi!
Apa pula pendapat anda?

Memanglah. Aku kecil-kecil dulu pun minat juga tengok Go Go Power Rangers ni. Siap boleh hafal lagunya sambil melakukan aksi-aksi superhero.
Seangkatan awal sebelum manusia berkostum ni adalah hero-hero dari Jepun. Suria Perkasa Hitam (Black Masked Rider), Gaban, Flashman, Jetman dan macam-macam lagilah.

power-rangers-bootleg-awesome-blood
Dalam video yang ini, aksinya lebih berdarah, bunuh membunuh dan lebih hebat lagi ada pula aksi robot ala-ala Transformers di awal video.
Babak awal tu yang memikat hati. Aksi seperti peperangan di medan perang yang penuh debaran. Hebat.


Imaginasi dan usaha dari Pengarahnya Joseph Kahn ini membuahkan hasil… sehingga setakat hari ini tontonannya di YouTube mencecah melalui channel AdiShankar

power-rangers-bootleg-awesome-blood-youtube-view

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!