Ada Blog? Jana Pendapatan Dengan Mobicow

bukti mobicow

Sudah sekian lamanya anda mempunyai blog. Malangnya, mungkin permohonan adsense anda masih belum diluluskan, dan akaun nuffnang anda sukar untuk mencapai jumlah yang boleh untuk dikeluarkan. Kecewa dan sedih.

Mobicow mungkin alternatif pendapatan yang boleh anda gunakan. Buat duit dalam USD !

APA ITU MOBICOW ?
Secara ringkasnya Mobicow adalah pengiklanan untuk medium di telefon pintar dan membayar publisher (pemilik laman web / website) melalui kaedah eCPM. Senang kira, untuk 1000 impression bagi blog/web milik anda, anda akan dibayar  mengikut kadar iklan bermula dari USD 0.15 sehingga setinggi USD10 mengikut lokasi.

Jika anda rujuk lampiran di bawah tu, kadar eCPM di sesetengah web aku ada yang bermula dari USD 2 sehingga setinggi USD 4.20

PENDAFTARAN MUDAH
Jika anda seorang blogger tegar dan pernah ditolak cinta oleh Adsense, pasti tahu betapa ketat dan sedikit sukar untuk mendaftar dengan produk Google itu. (Ada caranya – nanti kupas dalam entri yang lain).

Tetapi dengan Mobicow, peluang anda akan lebih cerah.

Mahu mengetahui lebih lanjut? Sila daftar dan alaminya sendiri.

BANYAK BLOG + RAMAI PENGUNJUNG = PENDAPATAN TINGGI

Jika blog anda mempunyai bilangan pengunjung yang ramai, peluang untuk anda menjana pendapatan melalui Mobicow juga tinggi. Tetapi…

ya… seperti yang aku nyatakan di atas, iklan hanya akan keluar jika blog / web anda dilayari oleh pengguna melalui telefon pintar.¬†

Jangan risau. Statistik menunjukkan semakin ramai pelayar internet di Malaysia dan di dunia ini menggunakan peranti seperti tablet dan telefon pintar mereka.

Apa yang perlu anda risaukan adalah kualiti dan pengisian blog/web anda.

Kerana pengisian blog yang berteraskan SEO dan keyword yang sesuai pastinya akan menarik pembaca dari mana-mana bahagian di dunia.
(SEO ? Keyword? akan dibincangkan dalam entri mendatang)

Duit Mobicow

BUKTI BAYARAN MOBICOW ? 

Anda akan dibayar melalui Paypal dalam matawang USD. Cuba kira mengikut kadar tukaran matawang USD ke MYR. Syukur.

Biasalah, ada pasang surutnya.kadang-kadang tinggi, kadang-kadang kurang. Walau apa pun, sentiasa bersyukur dengan pendapatan sampingan melalui blog.
Sedikit demi sedikit bila dicampur-campur, boleh juga disimpan atau beli barang keperluan harian atau bayar bil utiliti.

Aku hanya mula gunakan Mobicow dalam beberapa bulan lalu.

Mahu mengetahui lebih lanjut? Sila daftar dan alaminya sendiri.

PRO DAN KONTRA ?

Ini adalah sesuatu yang boleh dibahaskan. Pada pendapat aku, tidak semua blog / web sesuai untuk menggunakan Mobicow. bergantung kepada niche dan sasaran pembaca anda.

Walau apa pun, bertindak bijak dan analisis baik dan buruknya untuk blog dan web anda.

Buat duit dengan blog memang ada banyak caranya.

Dari kita saja tu. Aku pun masih belajar.

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!