8 Tahun Bikin Duit Dengan Adsense | Syukur

buat-duit-adsense-8tahun

Genap 8 tahun aku berpeluang bikin duit dengan adsense. Iklan-iklan online dari Google nilah yang menjadi teman setia blog dan website yang aku pelihara. Antaranya yang telah bertapak lama budakhutan.com

Alhamdulillah, hasil pendapatannya bolehlah menampung sedikit perbelanjaan bulanan. Kalau merajinkan diri lagi, mungkin boleh setanding gaji pegawai kerajaan.
Mungkin korang akan sangka aku akan taip, 8 tahun Bikin Duit Dengan Adsense aku dapat RM1 Juta…. pergh! Aminnnnnnnn….(tadah tangan)

Baiklah, sudah mau hampir sedekad dengan awek adsense ni, memang ada susah dan senangnya. Kadang-kadang dia merajuk. hehehe.
Sempena 8 tahun ni aku akan cerita macam mana mahu buat duit dengan adsense. Ramai yang dah tahu, tak apa aku cerita lagi…

MACAM MANA MAHU BUAT DUIT DENGAN ADSENSE ?

1. Syarat paling utama adalah anda mempunyai sebuah website / blog
РSekiranya anda seorang blogger dan mempunyai artikel yang menarik serta jumlah pengunjung yang memuaskan, adsense sememangnya untuk anda.
– Daftar dengan Adsense.
– Tidak cukup dengan satu blog / web ? buat banyak-banyak…tetapi sila pastikan patuhi langkah 2 di bawah.

2. Artikel Berkualiti
– Sekiranya website / blog anda hanyalah hasil ciplak / cedokan dari hasil kerja orang. Ianya bukan untuk anda. Anda akan disenarai hitam.
– Isi menarik yang spesifik dan mempunyai kata kunci berkaitan pengiklan.
– Amalkan SEO ( Search Engine Optimization) dan lain-lain strategi perniagaan online.

3. Tingkatkan jumlah pengunjung
РJumlah pengunjung amatlah mempengaruhi pendapatan anda dari adsense. 
– Sekiranya anda mengikuti langkah ke-2 secara automatiknya, pengunjung akan melawat laman anda setelah mereka membuat carian dari enjin carian.
– Gunakan secara maksimum dan berhemah, jaringan media sosial seperti facebook, twitter, instagram, forum dan lain-lain.
– Ingat, jangan guna muslihat yang tidak baik kerana anda mungkin dikesan oleh awek google. Gunalah muslihat yang baik ^_^.

pendapat aku, tiga langkah di atas adalah yang asas dan penting.

Kalau mahu belajar lebih lagi, boleh lah dapatkan panduan JANA WANG ADSENSE

bermula April ni, aku juga akan mula cerita-cerita tentang adsense dan lain-lain formula atau jalan untuk buat duit online di internet.

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!