3 Tips Untuk Banyak Duit Simpanan Dalam Bank

Bayangkan jika kita hidup dalam suasana bebas masalah kewangan. Ada duit simpanan yang banyak di dalam bank. Hutang yang ada mudah dilangsaikan, Ada tak Tips Untuk Banyak Duit Simpanan Dalam Bank?

Cuba fikirkan dan congak, berapa pantas kita boleh mencapai sasaran kewangan jika kita dapat dan boleh mendapatkan wang sampingan.

Andaikan tambahan sebanyak RM100 sehingga RM500 sebulan di dalam bank?

:Tetapi ‘MACAM MANA Untuk Banyak Duit Simpanan Dalam Bank?”

Baiklah ada 3 Tips utama untuk anda dan juga saya (ehemm…terbatuk!)

3-TIPS-BANYAK-DUIT-DALAM-BANK

1. SIMPANAN AUTOMATIK
Untuk kita-kita yang mahu menyimpan duit tetapi belum mula pun…
Masalah :
Belum pun tiba hari Gaji, sudah banyak yang dalam senarai mahu beli. Ada yang memang keperluan ada yang sekadar kemahuan. Sandi kan… Belum sampai seminggu gaji…kering sudah.

Penyelesaian:
Buat simpanan secara automatik / potongan gaji
a. Buka akaun berasingan, pelbagaikan (lebih elok seperti ASB dan sewaktu dengannya)
b. Buat potongan gaji secara automatik dalam kadar 1/7 dari gaji anda atau mengikut kesesuaian bajet.

Kelebihan:
Salah satu cara mendisiplinkan diri untuk mengawal perbelanjaan harian.
Potongan seperti simpanan untuk ASB pula akan memberikan pulangan apabila anda mendapat peratus faedah yang baik dari simpanan anda.
Bayangkan simpanan RM150 sebulan untuk tempoh sebulan, didarabkan dengan setahun kemudian didarabkan lagi dengan tempoh masa daya tahan anda untuk tidak berbelanja menggunakan duit tersebut? wowww!
“Sikit-sikit, lama-lama jadi Gunung Kinabalu!”

bikin-duit-internet

2. Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Ya betul ada limitasi dan had untuk jumlah yang kita boleh simpan dari gaji, tetapi jangan lupa tidak ada hadnya berapa jumlah yang kita boleh dapatkan, contohnya dari kerja-kerja sampingan.

Masalah :
Bagaimana mahu dapat duit ekstra sebagai pendapatan sampingan sekiranya kita sudah ada Kerja Hakiki sepenuh masa atau ada komitmen lain seperti belajar dan suri rumahtangga?

Penyelesaian :
Banyak cara dan ruang untuk mendapatkan duit lebih. Semuanya bergantung kepada usaha dan kemahuan untuk berjaya. ^_^
Anda boleh rujuk entri saya disini “Cara Untuk Bikin Dan Dapat Duit Di Internet
Kalau anda mencari cara mudah untuk dapat duit sampingan, boleh cuba 8share

Kelebihan:
Jika kita mahu ada banyak duit simpanan kenapa tidak buat kerja sampingan untuk dapatkan lebih banyak duit ? Lagipun, ianya berbaloi untuk kita.
JIka ada masalah yang tidak dijangka dan ianya memerlukan kos, kerisauan utama kita tentang kewangan sudah selesai. Lebih baik ada sedikit dari tidak ada ^_^

SAMBUNG-BELAJAR-TAMBAH-KEMAHIRAN

3. Tingkatkan (upgrade) Kemahiran / Level Anda !
Ini mungkin agak klasik, tetapi mujarab. Tambah kemahiran / level anda.

Masalah :
Dunia kerja anda statik. Gaji pun kurang dan lambat naik. 

Penyelesaian :
a- Sambung belajar PJJ / Luar Kampus, untuk lulusan PMR / SPM / STPM bolehlah menyambung pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan tugas / kerja anda sekarang.
b – atau ikuti kursus-kursus kemahiran agar anda boleh ikut langkah no.2 di atas,
c- Belajar-belajar dan belajar…

Kenapa?
Ianya seperti menambah nilai pada anda. Pengalaman kerja + Kelulusan yang sepadan akan membolehkan anda melonjak dari satu tahap ke tahap yang baharu dengan tangga gaji yang lebih umpph!
Kemahiran pula akan membolehkan anda melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Gaji yang lebih baik dan ada kerja samop

MUDAH SEKIRANYA ANDA BERUSAHA DAN CEKAL
Seperti entri aku di budakhutan.com berkaitan Survival : Ikhtiar Hidup Menelusuri Sempadan Teladan. Kunci utama untuk survival bebas masalah kewangan ialah CEKAL dan jangan putus asa.

Anda ada idea lain? Kongsi kongsi bah kita…

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *