10 Petua Dan Cara Kurangkan-Hilangkan Batuk

PETUA-CARA-HILANGKAN-REDAKAN-BATUK
“Uhuk.. uhuk..uhuk!!!” Batuk lagi… Baru bulan lalu dah kena. Batuk dan selsema, kombinasi yang membuatkan tubuh rasa lemas dan tidak selesa. Ada tak petua dan cara untuk kurangkan dan hilangkan batuk?

Ada bah…
Siang batuk, malam pun batuk. Mana lagi kahak dan hingus. Badan pun rasa panas. Banyak perkara perlu disiapkan dan diselesaikan. Ada beberapa perkara yang selalu aku buat bila diserang batuk dan selsema. Kalau mahu ikut boleh, mana yang rasa kurang sesuai jangan ikut. Aku pun bukan doktor…

Aku akan kongsikan 10 Petua Dan Cara Kurangkan-Hilangkan Batuk.

1. MINUM AIR BANYAK-BANYAK

– Aku akan pastikan ada botol air dekat dengan aku bila sahaja musim batuk ni tiba. Idea untuk kekal terhidrat ini akan membuatkan tekak rasa lebih lega dan basah..tak kering. Taklah rasa gatal sangat tekak tu. Ianya juga akan mengurangkan kahak di leher. Tapi…janganlah minum air sejuk plak!

2. MINUM TEH HIJAU

– Teh panas dikatakan antara yang mujarab untuk legakan batuk.

3. MINUM MADU

– Madu juga merupakan penawar yang baik. Orang tua-tua selalu pesan minum madu baik untuk kesihatan. Kebiasaannya aku minum madu yang digaul mesra bersama air suam. Sedap! Kalau mahu boleh juga campur madu ke dalam Teh.

4. MINUM AIR HALIA

– Ini adalah antara petua yang baik. Minum Air Halia mungkin agak meloyakan untuk sesetengah orang. Cuba geng, kesan dia memang baik. Minum air halia juga bagus untuk orang demam.

5. MINUM / HIRUP SUP + NASI KOSONG

– Musim batuk ni juga selera tu kadang-kadang hilang. Boleh cuba minum dan hirup sup ayam yang panas dan sedap tu. Untuk isi perut agar lebih bertenaga, campur sahaja sup dan nasi kosong.

6. MINUM / HIRUP SUP LOBAK PUTIH

– Ini alternatif untuk yang rasa tak ada selera dengan Sup Ayam. Ada masanya bau sup ayam tu sahaja buat selera mati. Tak tahu kenapa. Tapi pilihan lain seperti minum atau hirup sup lobak putih juga bagus.

7. LETAK VICKS DI DADA / LEHER

– Siapa yang tak tahu apa itu Vicks? Sila google. Kalau rasa VICKS biasa tu terlalu panas cuba cari VICKS untuk kanak-kanak punya. Letak di dada dan leher. Kadang-kadang aku gosok juga dada dengan balsam. Segar!

8.MANDI AIR SUAM

– Idea yang lebih baik adalah untuk berendam dalam air suam. Tapi tak ada besen besar ^_^. Shower air suam pun dah kira ok. 

9. LETAK TUALA SUAM DI LEHER

– Ambil tuala, rendam dalam air suam, letak di leher. Ini bolehlah dibuat untuk melegakan rasa kurang senang di leher tu. Mahu rasa lebih baik, letakkan vicks/ minyak kapak / balsam di tuala. Supaya aroma segar tu meresap ke hidung.

10. TINGGIKAN KEPALA BILA BARING ATAU TIDUR

– Mudah sahaja gandakan bantal anda, pastikan kepala sedikit tinggi dari biasa. Supaya kahak, hingus dan kotoran tidak tersekat di tekak. Pernafasan pun akan lebih lancar dan selesa untuk tidur.

Baiklah, selesai 10 Petua Dan Cara Untuk Kurangkan dan Hilangkan Batuk dari aku.

Aku ada satu lagi teknik, tapi mungkin kurang elok untuk diamalkan bagi sesetengah orang. 
Aku akan minum Air Coca Cola untuk urangkan batuk dan redakan demam ^_^. Jangan ikut tau!

Selamat mencuba, dan selamat kurangkan batuk!

Leave a reply

Remy

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga 'goblok', tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok.

JoJo

Aku JoJo. Memblog? Aku baru belajar. Aku lihat, rasa dan kongsi. Selamat membaca blog kami ^_^

error: Content is protected !!